1:20 PTG

Info Kesihatan & Tip Penjagaan - Matahari / Sunburn

10 soalan tentang matahari, sunburn yang perlu anda ketahui. 

10| Bagaimana cahaya matahari menyebabkan sunburn? 
       Sinaran ultraviolet, UV, menembusi lapisan kulit anda dan membunuh sel kulit yang 
       sepatutnya membina lapisan kulit yang baru. Ultraviolet A, UVA, menembusi lapisan
       kulit lebih jauh ke dalam berbanding Ultraviolet B, UVB. Tapi kedua-dua 
       menyebabkan sunburn. 

9| Bagaimana kulit yang menjadi sunburned bertukar merah? 
       Salur darah mengembang untuk mengalirkan lebih darah ke kawasan kulit yang 
       terdedah untuk membaikinya. Sebab itu ia merah dan panas. 

8| Apa yang menyebabkan kulit yang menjadi sunburned gatal dan sakit? 
       Sel kulit yang rosak menghantar maklumat ke otak, menyatakan yang kulit 
       tersebut ‘cedera’ lalu mengaktifkan reseptor kesakitan, yang mana membuatkan
       kulit anda terdedah sensitif kepada sentuhan. 

7| Kenapa kulit bertukar menjadi gelap? 
       Badan anda menghasilkan melanin, pigment yang menjadikan kulit anda gelap
       sebagai respon kepada sinaran UV yang membakar bahagian dalam lapisan kulit. 
       Pigment tersebut bertujuan melindungi kulit daripada sinaran UV. 

6| Kenapa kulit sesetengah foreigners/orang asing yang cerah tidak bertukar gelap? 
      Pheomelanin, sejenis pigment melanin yang membuatkan kulit cerah terdapat dalam 
      badan mereka. Tetapi, ia boleh menyebabkan risiko mendapat penyakit kulit. 

5| Bagaimana krim sunblock/sunscreen berfungsi melindungi kulit? 
      Krim tersebut melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB dengan menyerap 
      sinaran tersebut atau memantulkannya. 

4| Apakah SPF (Sun Screen Protection) yang direkomenkan? 
      SPF 2 memberi anda lebih masa untuk berada dibawah cahaya matahari lebih lama 
      daripada tidak memakainya. SPF 30 memberi anda 30 minit masa untuk melindungi 
      diri daripada sinaran UV dengan memantulkan 97% sinaran UV. 

3| Kenapa kita lebih senang mendapat sunburbed jika berada di pantai? 
      Sinaran UV boleh terpantul daripada pasir dan air. Jadi sinaran UV lebih banyak 
      terkena ke atas kulit. 

2| Sunburned yang kecil tidak berbahaya, kan? 
      Salah. Sinaran UV mengubah sel kulit anda dan menyebabkan kanser kulit. 
      Kanak-kanak dan remaja lebih senang terdedah berbanding orang dewasa. 

1| Apakah rawatan paling berkesan untuk sunburned? 
      Selalunya ia memerlukan sehari untuk membaiki kulit yang surburned. Minum air 
      banyak. Alirkan air sejuk diatas kulit yang terkena. Sapu pelembab diatas kulit yang 
      terkena seperti aloe vera.

12:45 PTG

Welcome to my e-Mall

Salam...

Di sini saya ingin memperkenalkan 1 lagi blog yang dihasilkan untuk mempromosikan beberapa produk yang terbaik dari saya untuk anda semua. Semoga kehadiran blog ini dapat memberikan anda peluang mendapatkan barang yang berkualiti semestinya.

Blog terbaru saya http://my-emall.blogspot.com

1:50 PTG

Mutiara Kata

"YaNg BeRaT iTu AmaNAh,
      yAnG kUaT Itu nAfsU,
          Yang LemAH iTU IMan,
                yaNg jAUh ItU amALan,
                  YanG DeKaT iTu MAti".
           Renung-renungkan...

2:12 PG

Belanja Mendapat Pulangan

Hanya berbelanja di merchant-merchant yang terpilih, anda boleh mendapatkan semula pulangan berbentuk RM di mana sebelum ini anda tidak memperolehnya.

Merchant-Merchant Terpilih
"Saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana mendapatkan faedah daripada kita berbelanja pada merchant-merchant tersenarai di atas. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menjana pendapatan melaluinya sekiranya menjadi ahli.
Saya telah mencubanya dan memang memberikan manfaat besar kepada saya. Jika sebelum ini saya berbelanja di merchant-merchant tersebut tanpa mendapat apa-apa pulangan, tetapi hari ini saya beruntung kerana boleh mendapatkan pulangan daripada duit yang saya keluarkan untuk berbelanja, malah mendapat pendapatan darinya. Sekarang saya tidak perlu takut untuk berbelanja kerana pastinya saya boleh mendapatkan pulangan  Saya amat berterima kasih kepada insan yang telah memperkenalkan bisnes ini kepada saya".

8:05 PTG

Perbelanjaan vs. RM...

Salam 1 Malaysia...

Perbelanjaan vs. Ringgit Malaysia. Berapa banyakkah perbelanjaan yang anda harus keluarkan untuk menampung keperluan anda dan keluarga? Ramai yang sedar bahawa perbelanjaan hari ini makin meningkat saban hari dan tanpa henti, namun hakikatnya tidak berbaloi jika menanggung beban ini dengan gaji yang tidak setimpal. Mungkin pegawai yang bergaji tinggi tidak merasa terbeban tetapi golongan yang berpendapatan rendah akan tersepit dari segi kewangan dan terpaksa menyekat perbelanjaan untuk keperluan harian. 

Ramai yang tidak sedar perbelanjaan mereka melebihi keperluan sendiri dan mengeluarkan belanja yang besar sekadar memenuhi kepuasan diri. Tapi kita tidak boleh menolak untuk berbelanja atas keperluan harian kita seperti makan, petrol, shopping, telepon dan sebagainya. Maka, kita akan mengeluarkan banyak wang untuk membayar keperluan-keperluan tadi ditambah dengan kenaikan kos bahan, kos bahan api dan pengangkutan. Sebenarnya kita telah terjerat dengan perbelanjaan kita sendiri kerana gaji yang diperolehi kekadang tidak mencukupi untuk menampung kesemua keperluan kita. Oleh itu, tidak dinafikan la ramai diluar sana yang terpaksa bekerja lebih masa, mencari pekerjaan tambahan dan sebagainya untuk menampung keperluan tadi.

Pernah tak anda terfikir bahawa wang yang dikeluarkan untuk perbelanjaan tadi tidak memberi apa-apa pulangan kepada kita. Kita hanya mengeluarkan wang sahaja untuk membayar kesemuanya tanpa memperoleh apa-apa kebaikan darinya. Tapi sebenarnya kita boleh mendapatkan PULANGAN daripada setiap apa yang kita belanjakan. Malah bukan sekadar itu, disamping kita berbelanja, kita juga boleh menjana pendapatan darinya tanpa kita sedari.
"Apa yang saya katakan ini adalah tidak mustahil dan ianya adalah benar dan telah dinikmati oleh ramai ahli. Kewujudan sebuah syarikat yang dikenali sebagai Niche Access Sdn. Bhd. yang telah ditubuhkan sejak awal Januari 2009 telah mengubah cara hidup masyarakat kita dengan memberikan faedah dan pendapatan hasil konsep perbelanjaan yang diperkenalkan. NA telah merealisasikan impian ahli-ahlinya dimana bebas daripada kemelut kewangan, menjamin kewangan, memberikan perbelanjaan percuma dan memastikan ianya akan berterusan".