1:20 PTG

Info Kesihatan & Tip Penjagaan - Matahari / Sunburn

10 soalan tentang matahari, sunburn yang perlu anda ketahui. 

10| Bagaimana cahaya matahari menyebabkan sunburn? 
       Sinaran ultraviolet, UV, menembusi lapisan kulit anda dan membunuh sel kulit yang 
       sepatutnya membina lapisan kulit yang baru. Ultraviolet A, UVA, menembusi lapisan
       kulit lebih jauh ke dalam berbanding Ultraviolet B, UVB. Tapi kedua-dua 
       menyebabkan sunburn. 

9| Bagaimana kulit yang menjadi sunburned bertukar merah? 
       Salur darah mengembang untuk mengalirkan lebih darah ke kawasan kulit yang 
       terdedah untuk membaikinya. Sebab itu ia merah dan panas. 

8| Apa yang menyebabkan kulit yang menjadi sunburned gatal dan sakit? 
       Sel kulit yang rosak menghantar maklumat ke otak, menyatakan yang kulit 
       tersebut ‘cedera’ lalu mengaktifkan reseptor kesakitan, yang mana membuatkan
       kulit anda terdedah sensitif kepada sentuhan. 

7| Kenapa kulit bertukar menjadi gelap? 
       Badan anda menghasilkan melanin, pigment yang menjadikan kulit anda gelap
       sebagai respon kepada sinaran UV yang membakar bahagian dalam lapisan kulit. 
       Pigment tersebut bertujuan melindungi kulit daripada sinaran UV. 

6| Kenapa kulit sesetengah foreigners/orang asing yang cerah tidak bertukar gelap? 
      Pheomelanin, sejenis pigment melanin yang membuatkan kulit cerah terdapat dalam 
      badan mereka. Tetapi, ia boleh menyebabkan risiko mendapat penyakit kulit. 

5| Bagaimana krim sunblock/sunscreen berfungsi melindungi kulit? 
      Krim tersebut melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB dengan menyerap 
      sinaran tersebut atau memantulkannya. 

4| Apakah SPF (Sun Screen Protection) yang direkomenkan? 
      SPF 2 memberi anda lebih masa untuk berada dibawah cahaya matahari lebih lama 
      daripada tidak memakainya. SPF 30 memberi anda 30 minit masa untuk melindungi 
      diri daripada sinaran UV dengan memantulkan 97% sinaran UV. 

3| Kenapa kita lebih senang mendapat sunburbed jika berada di pantai? 
      Sinaran UV boleh terpantul daripada pasir dan air. Jadi sinaran UV lebih banyak 
      terkena ke atas kulit. 

2| Sunburned yang kecil tidak berbahaya, kan? 
      Salah. Sinaran UV mengubah sel kulit anda dan menyebabkan kanser kulit. 
      Kanak-kanak dan remaja lebih senang terdedah berbanding orang dewasa. 

1| Apakah rawatan paling berkesan untuk sunburned? 
      Selalunya ia memerlukan sehari untuk membaiki kulit yang surburned. Minum air 
      banyak. Alirkan air sejuk diatas kulit yang terkena. Sapu pelembab diatas kulit yang 
      terkena seperti aloe vera.

0 ulasan: